Powered By Blogger

Tuesday, February 2, 2010

Kerja Sambilan Dari Rumah? Menjanjikan Keuntungan Berpuluh Ribu Ringgit?


Pada masa kini begitu banyak skim-skim yg menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dari pendapatan yang kita perolehi... adakah ini boleh dipercayai? secara jujurnya saya juga tertarik dengan imbuhan yang boleh diperolehi daripada skim-skim tersebut... bagaimana pula dari segi Islamic? adakah ianya dibenarkan didalam Islam? sekali lagi saya mengulang pertanyaan saya ADAKAH INI BOLEH DIPERCAYAI? mungkin ada segelintir daripada skim-skim ini adalah betul tetapi kebanyakannya pula adalah satu penipuan dengan memakan duit orang ramai yang terdesak memerlukan "side income"...

KERATAN RISALAH DI INTERNET:
Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.